Saturday, October 31, 2009
Friday, October 30, 2009
Thursday, October 29, 2009
SHOPPING RAYA...HUUHUHUUH
Kenangan aku bershopping raya bersama kawan-kawan sebelum pulang ke kampung...Memang puas berjalan dan bershopping...
Ade yang terOVER budget dan ada pula yang terlebih makan waktu berbuka puasa.
Kronologi shoping raye kami..
2.00 pm > Kami semua menunggu beberapa rakan yang tak siap bersolek dan juga yang baru pulang dari kelas. Penat menunggu, akhirnya baru semua berkumpul.
2.30> Semua kereta yang kami sewa diisi minyak di stesen minyak Bukit Gambir. Sedih....sebab kereta yang kami sewa tak bagus langsung...GERAM!!!!!
3.00>Kami sampai di Komtar...
Aktiviti..
masuk Mydin, saje2 je tgk barang...heheh . Perempuan memang suka window shoping...
pergi Chaurasta..beli jeruk untuk bawa balik kampung.. Aku pula sempat membeli sehelai tudung..huuhuuhuh ( bukan ape, rambang mata tengok banyak sangat tudung) kalau tak beli macam kempunan je...hehehh
4.30> Bertolak ke Bukit Jambul, traffic jam pulak dan ade yang tersalah jalan...huuhuh
sebab dah lame tak bawa kereta sendiri...
5.00> Kami seramai sebelas orang berpecah kepada dua group...Masing -masing sibuk mencari baju raya dan kasut raya. Shoping last minute.... kami bersolat asar dan maghrib kat BJ walaupun keadaan surau di BJ memang tak SELESA. Kami berbuka puasa di surau hanya dengan makan kuih sahaje....
7.30> Menyambung aktiviti shoping di Sunshine....hehheheh. Kat sane aku juga terbeli sepasang kasut raya ...sebab kat situ banyak SALE, tak boleh tahan kaki nak pakai kasut baru walaupun dah ade..
9.00> Jamuan buka puasa di Hammer Bay.. Makanan di situ memang sedap .... salah satu tempat lepak favourite kami...huuhuuh...
11.oo> Kami sepakat pergi mengambil angin di Queensbay Mall, ade yang masih bershopping..ade juga antara kami yang berehat di tepi laut..melihat pemandangan jambatana Pulau Pinang...
Kami juga berkesempatan bermain di FUN FAIR... sekali sekala bergembira...
1.00> Menemani salah seorang kawan ke lapangan terbang Bayan Lepas...
1.15> Kena tahan pihak polis...hehhehehhehhe saje je kot... ( Sebab kami salah parking tempat VVIP) huuhuuh
1.30> Sampai di bilik dan sambung makan lagi (bukan ape, membazir kalau kami tak makan), kira sahur sekali la... kami juga membuat SPOT CHECK barang yang kawan beli...hehehheh. Penat jalan satu hari.... Kami semua tidur pukul 4.00 am lebih...
SYOKNYE SHOPPING RAYA!!!!!!
Wednesday, October 28, 2009
MAKAN BESAR..


Sempena bulan Syawal yang mulia ni, Kak Liza telah menjadi penaja penting bagi acara makan besar di dewan kuliah (hehehhehehhe) ...tak boleh makan kat dewan kuliah sebenarnya...
Banyaklah juadah yang kami bawa beramai- ramai dan kami pulun...
Ada juga yang melaram dengan baju raya masing -masing..
Banyaklah juadah yang kami bawa beramai- ramai dan kami pulun...
Ada juga yang melaram dengan baju raya masing -masing..
Kelebihan makan besar sempena syawal ni, banyak kuih moden yang penulis tak tau ada dibawa kawan -kawan.. dapat pula makan kek lapis Sarawak yang original...time kasih pada Azuereen yang bawa kek lapis..mana-mana makanan yang lebih tu kami berebut-rebut tapau bawa balik..
hehhehehe
BENTANG TUGASAN
Salah satu kenangan manis dalam kelas HMT 223..... seronok membentang...
Pembentangan bagi tugasan berkumpulan semasa kelas HMT 223 @ Morfologi dalam Bahasa Malaysia. Kesemua pembentang menunjukkan bakat masing -masing dengan beberapa hujah penting tapi bukan hujah kami... ( copy dalam buku rujukan je...heehhehehe) termasuklah diriku..
TUGASAN TAK JADI ?????
Sempena minggu konvo pada bulan Ogos lalu, kami telah ditugaskan oleh pensyarah Dr. Radiah untuk mengambil gambar papan tanda perniagaaan di gerai konvo. Tugasan melibatkan kajian terhadap pembentukan nama - nama gerai di tapak konvo..
Namun, sebaliknya tugasan itu tak perlu dihantar dan Dr. pula tak pula meminta...
Nampaknya, mungkin Dr. gurau je waktu tu.
Ni sebahagian daripada gambar yang kami ambil... uhuhuhuuh.
Walaupun tugasan ni tak dihantar, tapi pengalaman bersama rakan sekumpulan mengambil gambar di gerai konvo memang menyeronokkan dan mencabar...hehheh sebab tak semua peniaga izinkan kami ambil gambar di gerai mereka...
Subscribe to:
Posts (Atom)



